Skip to main content

Advertisement

Hiburan

KKM Wujudkan Portal HQA Untuk Permohonan Kuarantin Di Rumah Bagi Pengembara Dari Luar Negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Crisis Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) membangunkan portal Home Quarantine Application (HQA) yang boleh diakses pengembara dari luar negara bagi permohonan untuk menjalani kuarantin di rumah.

kkm wujudkan portal hqa untuk permohonan kuarantin di rumah bagi pengembara dari luar negara

Advertisement

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan portal HQA yang diwujudkan itu sebagai langkah penambahbaikan dan pengurusan permohonan kuarantin di rumah itu dapat dilakukan dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Satu borang sahaja perlu diisi dan permohonan perlu dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum ketibaan ke Malaysia.

kkm wujudkan portal hqa untuk permohonan kuarantin di rumah bagi pengembara dari luar negara

“Justeru, pengembara yang akan tiba di Malaysia mulai 28 September 2021 boleh membuat permohonan kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman melalui portal HQA ini,” katanya.

Portal berkenaan boleh diakses oleh orang ramai menerusi pautan https://ecovid19.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa mulai hari ini.

kkm wujudkan portal hqa untuk permohonan kuarantin di rumah bagi pengembara dari luar negara

Sumber: KKM
 

ERA Muzik Hit Terkini