Sebuah cahaya biru yang menyerupai portal atau laluan makhluk asing dilihat muncul di langit Rusia. Fenomena aneh ini juga sempat dirakamkan dan dimuatnaik oleh seorang penggemar makhluk asing, Blake Cousins, di laman Youtube nya.

Video berdurasi 2 minit itu menunjukkan cahaya terang berwarna biru kelihatan berputar di langit, pada ketika waktu sekeliling adalah malam. Cahaya aneh ini mengundang kekecohan buat penduduk setempat.
Advertisement
Ketika ramai yang memikirkan bahawa ia adalah makhluk asing, dipetik daripada Daily Star, cahaya misteri itu sebenarnya adalah cahaya daripada roket RS-12M ICBM yang sedang diuji oleh tentera Rusia.
Sumber: Youtube / Daily Star