Sebelum ini, timbul khabar kononnya trailer pertama Avengers 4 akan ditayangkan pada Jumaat lalu, namun ia masih lagi menjadi teka-teki.
Sementara itu, tular pula spekulasi untuk sambungan atau post-credit kepada filem ini dilaman Twitter oleh @DanielRPK yang merupakan penulis di SuperBroMovies. Post-credit adalah salah satu elemen wajib dalam filem Marvel, contohnya kemunculan Captain Marvel pada akhir babak filem Infinity War menunjukkan watak ini akan muncul dalam filem Avengers 4.
Advertisement
Menurut @DanielRPK , mereka sedang mencari pelakon yang sesuai untuk memegang 2 lagi watak Eternals yang akan diperkenalkan dalam Avengers 4. Watak Eternals ini adalah Karen dan Piper/Sprite.
The two Eternals are "Karen" and Piper/Sprite. They will most likely show up in a cosmic Marvel movie so either Captain Marvel or Avengers 4. A4 is more likely.
— Daniel R (@DanielRPK) November 24, 2018


Sama-sama kita nantikan trailer pertama filem Avengers 4 tidak lama lagi.
We'll have the *official* releasing date for the Avengers 4 trailer for you guys soon enough. Not today, but should be soon. So keep a close watch and stand by.
— Daniel R (@DanielRPK) November 23, 2018
Sumber: BGR
