Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Petugas Positif COVID-19, PPV IDCC Shah Alam Ditutup Hari Ini

Pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, akan ditutup hari ini setelah kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan petugas PPV tersebut.

petugas positif covid-19, ppv idcc shah alam ditutup hari ini

Advertisement

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF),  kerja-kerja sanitasi akan dijalankan semasa penutupan selama sehari itu, selepas mendapati hasil keputusan ujian COVID-19 malam tadi.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga semalam untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan COVID-19.

petugas positif covid-19, ppv idcc shah alam ditutup hari ini

“Janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.

Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berkenaan perkara tersebut.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini