Baru-baru ini, penumpang sebuah penerbangan Southwest Airlines dikejutkan dengan aksi seorang pramugari yang memasukkan dirinya dalam ruang bagasi bahagian atas.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Nashville ke Philadelphia di Amerika Syarikat ini dikejutkan dengan aksi seorang pramugari yang berehat dalam ruang bagasi dengan kakinya terkeluar.
Advertisement

Bagaimanapun, Southwest memberitahu bahawa pramugarinya hanya berseronok dengan penumpang.

“Kakitangan Southwest dikenali kerana menunjukkan sifat humor dan personaliti yang unik.
“Contohnya salah seorang kru kabin kami cuba berseronok dengan penumpang semasa dalam penerbangan.
“Sudah tentu ia bukan prosedur biasa kami dan kami kru Southwest sentiasa mengutamakan keselamatan”, kata badan kakitangan Southwest.
Sumber: Mirror UK
