'Saya sendiri akan kebumikan anda', itu amaran yang diberikan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte keatas rakyatnya yang degil dan ingkar kepada perintah berkurung susulan penularan wabak COVID-19.

Duterte juga berkata, tiada sebarang tolak ansur diberikan buat mana-mana pihak yang melakukan jenayah terhadap petugas perubatan yang dianggap jenayah serius ketika ini.
Advertisement
Menurutnya lagi, rakyat perlu memberikan kerjasama dengan patuh kepada arahan duduk rumah sebagai langkah untuk menghalang penularan wabak itu.

“Ia semakin teruk. Jadi saya tekankan lagi sekali betapa serius masalah dihadapi negara ketika ini dan anda semua perlu mendengar.
“Arahan saya kepada polis dan tentera, sekiranya ada masalah dan situasi yang tidak mengikut arahan, tembak mereka sampai mati.
“Adakah ia boleh difahami? Mati. Selain mencetuskan masalah, saya akan 'kebumikan' kamu,” tegasnya kepada pemberita.
Setakat 2 April, terdapat 2,311 kes jangkitan COVID-19 dengan 96 kematian selepas Filipina melaksanakan perintah berkurung pada 14 Mac lalu.
Sumber: Awani