Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Projek Jeti Kayu RM50,000 Tiada Unsur Rasuah, SPRM Jawab Spekulasi Orang Ramai

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan projek jeti kayu bernilai RM50,000 di Kampung Mutap di Miri, Sarawak tidak ada sebarang unsur rasuah.

projek jeti kayu rm50,000 tiada unsur rasuah, sprm jawab spekulasi orang ramai

Malah, SPRM Sarawak juga menjalankan pemeriksaan yang teliti terhadap projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri itu akibat pelbagai spekulasi daripada orang ramai.

Advertisement

“Bagaimanapun, hasil semakan yang dibuat tidak menunjukkan ada rasuah atau penyelewengan. Kayu yang digunakan memang benar kayu belian hasil penelitian oleh pakar,” katanya.

Baru-baru ini, pelbagai reaksi yang diberikan warganet terhadap jeti kayu baharu di Kampung Mutap, yang menelan kos RM50,000.

Gambar-gambar majlis penyerahan jeti kayu tersebut mendapat kritikan sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan JKR Sarawak tampil beri penjelasan.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini