Selepas seminggu menjalankan tugas bagi menentukan calon yang layak untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar ERA, hari ini Haziq Affandi telah diumumkan keluar daripada Personaliti Top ERA MILO 2019.
Hujung minggu lalu, kesemua peserta telah menjalani tugas untuk turun padang bersama Dak Dak ERA dan juga keudara bersama senior mereka iaitu Radin, Hani dan Dina. Rata-rata daripada peserta menampilkan personaliti yang sangat menarik dan dilihat mempunyai bakat besar dalam bidang pengacaraan.
Advertisement
Hari ini, menerusi segmen Johara 30 ERA bersama Dina, dua nama telah dipanggil iaitu Ajibb dan Haziq. Namun hanya seorang sahaja diumumkan tersingkir berdasarkan prestasi mereka dalam tugasan yang diberikan, iaitu Haziq.
Perjalanan calon-calon Personaliti Top ERA 2019 diteruskan oleh sembilan calon yang tinggal. Siapa agaknya calon favorite korang yang akan menjadi juara untuk tahun ini?
