Selepas melalui beberapa cabaran berbentuk video dan pengacaraan, semalam diumumkan tiada penyingkira kepada mana-mana finalis Personaliti Top ERA 2019 (PTE2019).
Advertisement
Pengumuman dibuat selepas peserta yang mendapat markah tertinggi, iaitu Muna Bella, memilih mahu menyingkirkan seorang daripada 8 peserta yang tinggal. Namun, tiada penyingkiran dibuat semalam.

Ini secara tidak langsung akan membuatkan 3 orang peserta PTE2019 akan disingkirkan hari ini kerana hanya 5 sahaja peserta yang diperlukan untuk ke pusingan akhir PTE2019!
Siapa agaknya yang akan menjadi juara Personaliti Top ERA MILO 2019? Jangan lupa saksikan FB Live Finale Personaliti Top ERA pada hari Jumaat ini jam 3 petang secara langsung hanya di Facebook ERA!