Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tidak Memberus Lidah Antara Punca-Punca Nafas Berbau

Nafas berbau merupakan salah satu masalah yang sering terjadi kepada kebanyakkan orang. Ada kalanya, mereka sendiri tidak sedar mempunyai nafas berbau, sehingga membuatkan orang sekeliling merasa tidak selesa.

tidak memberus lidah antara punca-punca nafas berbau

Memetik hantaran dari Public Health Malaysia, terdapat beberapa sebab yang mengundang kepada masalah nafas berbau.

Advertisement

Paling utama, adalah berpunca daripada lidah. Lidah yang tidak diberus dan digosok boleh menyebabkan nafas anda berbau. Bagi mengelakkan ia daripada terjadi, gunakan ubat kumur bagi memastikan keseluruhan mulut adalah dalam keadaan bersih.

tidak memberus lidah antara punca-punca nafas berbau

Punca-punca lain adalah seperti merokok, mengambil makanan rendah karbohidrat, demam, selesema, dan juga batu tonsil yang terbentuk dalam mulut.

tidak memberus lidah antara punca-punca nafas berbau

Segera dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya ia masih berlarutan.

Sumber: Public Health Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini