Skip to main content

Advertisement

Hiburan

RM7,901 Adalah Purata Pendapatan Isi Rumah Malaysia Pada 2019

Purata pendapatan isi rumah Malaysia pada nilai benar telah meningkat kepada RM7,901 pada tahun 2019.

rm7,901 adalah purata pendapatan isi rumah malaysia pada 2019

Berbanding 10 tahun sebelumnya iaitu 1989, pendapatan isi rumah pada ketika itu adalah pada purata RM2,580.

Advertisement

Menurut laporan terbaru Khazanah Research Institute (KRI), Welfare in Malaysia Across Three Decades, pendapatan penengah juga meningkat dari RM1,801 ke RM5,873.

“Ia merupakan satu peningkatan memberangsangkan, berbanding 35.9 peratus pada tahun 1989. Pertumbuhan pendapatan ini telah menyumbang kepada peningkatan tahap perbelanjaan.

“Corak penggunaan berubah dengan peningkatan perbelanjaan bukan keperluan seperti barangan berkaitan komunikasi, rekreasi dan kebudayaan dan juga makan di luar rumah, menandakan taraf hidup yang lebih baik,” katanya.

rm7,901 adalah purata pendapatan isi rumah malaysia pada 2019

Petikan dari Welfare in Malaysia Across Three Decades

Tambah lagi, kadar kemiskinan mutlak pula menurun dari 16.5 peratus pada tahun 1989, kepada 5.6 peratus pada tahun 2019 meskipun sudah mengambil kira garis kemiskinan baharu.

Sumber: Astro Awani // Welfare in Malaysia Across Three Decades

ERA Muzik Hit Terkini