Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Radiasi Telefon Pintar Ni Bahaya Ke Tak Sebenarnya ?

radiasi telefon pintar ni bahaya ke tak sebenarnya ?

Sumber: Wiser

Advertisement

Banyak kali kita dengar yang radiasi daripada telefon pintar boleh membahayakan. Sebab tu ramai orang kata jangan terlalu dekat dengan telefon pintar kerana dikhuatiri boleh mengganggu kesihatan seperti kanser dan lain lagi. 

Betul ke ?

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan pembiayaan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan kajian untuk mengukur tahap radiasi yang dihasilkan telefon pintar. Kajian tersebut dijalankan di Pusat Komunikasi Tanpa Wayar (WCC) UTM. 

Alat Specific Absorption Rate (SAR) adalah alat yang digunakan untuk mengira kadar tenaga yang diserap oleh badan manusia apabila terdedah kepada gelombang radio.

Menurut Prof. Dr. Tharek Abdul Rahman, gelombang radio tersebut tidaklah membahayakan seperti yang diperkatakan sebelum ini.

“Radiasi yang dihasilkan biasanya (seperti) dalam ketuhar gelombang mikro untuk menghasilkan haba memanaskan makanan” ujar beliau lagi.

ERA Muzik Hit Terkini