Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk K. Rajagobal Yakin Harimau Malaya Juara AFF Suzuki Cup 2018

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yakin bahawa Harimau Malaya akan muncul juara Piala AFF Suzuki 2018 setelah kali terakhir memenanginya 8 tahun lalu.

“Harimau Malaya akan muncul juara.” katanya seperti yang dipetik dari portal Stadium Astro.

Advertisement

datuk k. rajagobal yakin harimau malaya juara aff suzuki cup 2018

Beliau yang melahirkan rasa yakin selepas melihat peningkatan prestasi skuad kendalian Tan Cheng Hoe selepas berjaya menyekat kemaraan pasukan pilihan, Thailand, pada minggu lalu.

Namun, beliau juga tidak menafikan Vietnam bukanlah lawan yang mudah.

“Inilah masanya untuk skuad negara kembali menjuarai Piala Suzuki AFF.

“Walaupun saya yakin mereka mampu melakukannya, Vietnam tetap satu halangan yang sukar,” ujarnya.

Perlawanan akhir kedua AFF Suzuki Cup 2018 akan berlangsung pada 15 Disember (Sabtu).

Sumber: Stadium Astro

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini