Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rakaman Aneh ‘Lelaki Terbang’ Pada Ketinggian 3,000 Kaki Buat Ramai Tertanya-Tanya

Satu rakaman aneh yang menunjukkan seorang lelaki ‘terbang’ pada ketinggian 3,000 kaki di udara di perairan California, Amerika Syarikat telah menimbulkan banyak tanda tanya.

rakaman aneh ‘lelaki terbang’ pada ketinggian 3,000 kaki buat ramai tertanya-tanya

Juruterbang, Brandy Fogelman dari Akademi Juruterbang Sling menyaksikan objek itu bergerak pantas di perairan Palos Verdes, ketika beliau menjalani latihan penerbangan pada 21 Disember lalu.

Advertisement

Beliau kemudiannya berkongsi rakaman itu di Instagram, sebelum ia tular di media sosial.

rakaman aneh ‘lelaki terbang’ pada ketinggian 3,000 kaki buat ramai tertanya-tanya

Brandy mempersoalkan sama ada ‘lelaki terbang’ yang dikenali sebagai ‘lelaki jetpack’ adalah individu yang sama dilihat terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, Ogos lalu.

rakaman aneh ‘lelaki terbang’ pada ketinggian 3,000 kaki buat ramai tertanya-tanya

Dalam rakaman video berkenaan, lelaki itu kelihatan terbang dalam keadaan berdiri, naik dari air ke udara, melepasi sebuah kapal kargo yang juga sedang melalui kawasan berkenaan.

Rakaman itu diakhiri dengan kelibat lelaki itu hilang daripada pandangan.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini