Angin kencang yang melanda Lautan Atlantik menyebabkan penerbangan Turkish Airlines terpaksa melakukan pendaratan kecemasan kerana pesawat tersebut sukar dikawal.

Advertisement
Pesawat Turkish Airline itu melakukan penerbangan dari Istanbul ke New York dan mengambil masa 10 jam perjalanan. Namun dek kerana cuaca buruk, pesawat tersebut terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy (JFK), di New York, Amerika Syarikat.

Menerusi sebuah rakaman dari kokpit pesawat tersebut yang membawa 330 penumpang nyata sangat cemas.
Bagaimanapun, juruterbang berjaya mengawal keadaan dan lebih 30 penumpang serta anak kapal mengalami kecederaan dan luka akibat bergelut dengan gegaran kuat.


Sumber: Awani // Youtube
