Ketika penduduk dikebanyakkan negara sedang menghadapi kehidupan norma baharu, keadaan nyata berbeza buat beberapa kawasan di Amerika Syarikat.

Bertempat di Washington, rakyat AS dilihat senang bergaul sesama pesakit COVID-19 dengan harapan bahawa tubuh mereka akan kebal daripada wabak ini.
Advertisement
Memetik laporan The Straits Times, 'Pesta COVID-19' telah diadakan agar orang ramai tidak dijangkiti dan kebal daripada wabak ini pada masa akan datang.
Ia disahkan sendiri oleh Pengarah Kesihatan Walla Walla County, Meghan Debolt yang menyatakan terdapat dua pesta yang berlaku dikawasan itu baru-baru ini.

Akibat daripada pesta itu, dua daripada 20 orang yang hadir kini positif wabak berkenaan dan ini secara tak langsung mematahkan usaha yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa dan juga barisan perubatan di sana.
“Kami ingin membuka kembali komuniti kami.
“Tetapi jika komuniti kita tidak mengamalkan garis panduan jarak fizikal dan jarak sosial yang betul dan mereka dengan sengaja berusaha untuk pergi dan berhubung dengan pesakit COVID-19, ini melambatkan usaha kita untuk membuka semula kawasan ini.” kata Debolt.
Setakat artikel ini ditulis, Amerika Syarikat yang menjadi negara nombor satu jangkitan COVID-19 di dunia, telah mencatatkan kes sebanyak 1,388,755 dengan lebih daripada 82 ribu kematian.

Sumber: The Straits Times