Warganet di Indonesia dilihat memuji tindakan kerajaan Malaysia dalam membantu rakyat yang terjejas akibar COVID-19, antaranya dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bantuan-bantuan lain.
Kebanyakkan daripada mereka kagum dengan pelbagai bentuk inisiatif yang diberikan bagi membantu rakyat yang terjejas teruk dari aspek ekonomi, selain berharap agar tindakan Malaysia ini menjadi contoh kepada pemerintah di negara mereka juga.
Advertisement
Menerusi video Youtube yang disiarkan oleh seorang Youtuber Macan Idealis bertajuk "Mengejutkan! Beginilah Kondisi Terkini di Malaysia", satu temubual diadakan bersama Prof Dr Irwandi Jaswir yang juga pakar dalam bidang bioteknologi.
Video berkenaan membincangkan situasi terkini PKP dan juga tindakan kerajaan Malaysia dalam membantu meringankan beban rakyat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet daripada memuji tindakan Malaysia dan menyatakan kekaguman dan rasa bersyukur dengan apa yang sedang dilaksanakan kerajaan Malaysia.
“Selamat (tahniah) buat rakyat Malaysia, bahagialah kalian jadi rakyat Malaysia, doakan kami rakyat Indonesia semoga hidup bahagia seperti kalian,"
"Alhamdulillah punya negara tetangga penguasanya amanah pada rakyatnya..,", antara komen yang dilemparkan oleh warganet selepas menonton video berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Indonesia juga melaksanakan perintah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) secara berperingkat-peringkat dalam menangani penularan COVID-19, selain turut mengumumkan pelbagai bantuan dan inisiatif kepada rakyatnya, termasuk pemberian bantuan kewangan berjumlah Rp600,000 sebulan selama tiga bulan dan bantuan kad sembako (kad keperluan barangan asas) bernilai Rp200,000 setiap bulan, selama sembilan bulan kepada 20 juta ketua keluarga yang layak.
Baru-baru ini juga, seorang rakyat dari Thailand turut memuji tindakan kerajaan Malaysia dalam meringankan beban rakyat ekoran pandemik COVID-19.
Sumber: Bernama