Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rakyat Malaysia Sentiasa Bangga Dengan Negara Tak Kira Apa Berlaku – Kajian

Rakyat di negara ini tak kira apa yang berlaku meskipun berbeza fahaman politik, agama, dan bangsa, kita tetap merasa bangga dengan negara kita, Malaysia.

rakyat malaysia sentiasa bangga dengan negara tak kira apa berlaku – kajian

Ia adalah hasil kajian selama 17 tahun oleh Profesor Datuk Seri Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang merekodkan sekurang-kurangnya 90 peratus rakyat negara ini merasa bangga dan sangat bangga dengan negara mereka.

Advertisement

"Kami mencatatkan penemuan kami pada 2003, dan 97 peratus rakyat Malaysia didapati bangga dengan negara mereka.

"Dalam tinjauan yang dilakukan pada Julai lalu, 96 peratus mencatat kebanggaan mereka sebagai rakyat Malaysia. Yang terendah direkodkan ialah pada 2017, tetapi ia juga pada tahap 90 peratus.

"Ini bermakna tidak kira apapun kerajaan, atau siapa pun perdana menteri, rakyat Malaysia hanya melihat yang terbaik dari negara mereka," kata Syed Arabi yang juga bekas rektor UIAM kepada Bernama.

rakyat malaysia sentiasa bangga dengan negara tak kira apa berlaku – kajian

Tinjauan itu di buat melibatkan 800 hingga 1,600 responden dari pelbagai kaum dan kumpulan umur.

Sumber: Bernama

ERA Muzik Hit Terkini