
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan sementara perjalanan ke Dhaka berikutan situasi yang masih tidak dapat diramalkan di sana.
Advertisement
Dalam kenyataan terkini pada hari ini, Kementerian Luar berkata pihaknya mengambil maklum terdapat warga Malaysia yang berhasrat untuk kembali ke Bangladesh.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan mereka di Bangladesh dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.
Bagi pelajar Malaysia yang ingin kembali ke Bangladesh untuk meneruskan pengajian dinasihatkan agar mereka mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sejurus selepas mereka tiba.
Sumber: BERNAMA