Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan satu kes Covid-19 telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini, 17 Februari 2020.

Kes tersebut merupakan kes ke-9 yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun yang sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Advertisement
Sehubungan itu, KKM juga ingin memaklumkan bahawa tiada kes baru dilaporkan setakat hari ini dan jumlah kes kekal sebanyak 22 kes, dan 13 kes lagi masih dirawat di wad.
Pengumuman itu telah dimaklumkan oleh KKM dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.
Rakyat tempatan pertama yang positif #COVIDー19 telah sembuh sepenuhnya dan discaj hari ini, 17 Feb.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 17, 2020
Lelaki kes ke-9 berumur 41 tahun itu disahkan positif pd 4 Feb.
Ini menjadikan 9 pesakit telah sembuh dan discaj setakat ini. pic.twitter.com/VJbxlJe3bK
Sumber: KKM Putrajaya