Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Majoriti Rakyat Malaysia Setuju Kerajaan Tutup Media Sosial Ketika Krisis

Satu kajian telah dijalankan oleh firma penyelidikan bebas, Ipsos Global Advisor (Ipsos) menunjukkan majoriti rakyat Malaysia bersetuju untuk menutup sementara platform media sosial ketika tercetusnya krisis atau serangan pengganas.

majoriti rakyat malaysia setuju kerajaan tutup media sosial ketika krisis

Advertisement

Penutupan media sosial itu adalah bagi menghalang penyebaran berita palsu ketika krisis.

Kajian yang dijalankan melibatkan hampir 20,000 orang responden dari 27 negara mendapati Malaysia berada pada kedudukan kedua selepas India, dalam menerima penutupan media sosial ketika berlaku krisis.

Negara-negara lain yang menyokong penutupan media sosial adalah Arab Saudi, China, Britain, Australia dan Amerika Syarikat.

Terdahulu, kerajaan India telah menyekat perkhidmatan telefon dan internet bagi menghalang tunjuk perasaan dan keganasan di Kashmir, selepas kerajaan memansuhkan autonomi wilayah itu.

Disebalik penerimaan ini, 62 peratus penduduk dunia tidak bersetuju dengan penutupan media sosial ketika krisis kerana percaya ia adalah sumber utama  berita untuk orang ramai.’

majoriti rakyat malaysia setuju kerajaan tutup media sosial ketika krisis

ERA Muzik Hit Terkini