Ekoran daripada letusan gunung berapi di White Island yang berlaku semalam, sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia telah disahkan terkorban.

Advertisement
Perkara ini disahkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand awal pagi tadi.
The High Commission wishes to update on the latest development regarding the White Island volcanic eruption. This morning at 9.30 am local time, the High Commission was informed by NZ authorities that at least one deceased is Malaysian. @MalaysiaMFA
— HCMalaysiaWellington (@MYHCWellington) December 9, 2019
Butiran mangsa masih belum diketahui dan ia masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa tempatan.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand juga meminta orang ramai agar menghubungi pihaknya jika menerima maklumat tentang mana-mana rakyat Malaysia yang berada dikawasan gunung berapi itu.
You can contact the High Commission via telephone +64-43852439 / +64-210440188 (after hours) or email mwwellington@kln.gov.my.
— HCMalaysiaWellington (@MYHCWellington) December 9, 2019
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden juga mengesahkan kira-kira 47 pelancong dari Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Malaysia merupakan antara mangsa yang berada di pulau itu.
Sumber: Awani