Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Amalkan 6 Tips Ini Untuk Elak Rasa Haus Masa Berpuasa

Mesti ramai je yang cepat rasa haus bila berpuasa kan? Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tak menentu ni. Walaupun puasa, stamina tetap kena jaga supaya kita tak dehidrasi dan jatuh sakit.

Advertisement

So, macam mana caranya nak elakkan rasa haus? Mehh tengok ni:

#1 Minum at least 2 gelas air ketika sahur

Masa bersahur, minum sekurang-kurangnya 2 gelas air kosong dan kurangkan minuman manis untuk mencegah dari berat badan kita senang naik masa bulan puasa ni.

#2 Banyakkan memakan buah-buahan

Korang juga boleh cukupkan cecair dalam badan korang dengan mengambil makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi, seperti tembikai, timun atau buah-buahan lain.

#3 Jangan minum banyak ketika berbuka

Korang sebenarnya perlu minum air yang banyak masa bersahur untuk menampung keperluan cecair tubuh badan korang selama berjam-jam lamanya. Minum 8 gelas air masa berbuka bukanlah penyeleasain yang betul.

#4 Berbuka dengan kurma dan 2 gelas air

Kandungan yang ada pada kurma boleh membantu mengembalikan tenaga yang hilang semasa berpuasa. Minum air pula sudah tentu akan mengganti cecair yang hilang dalam badan korang tu.

#5 Bawa air jika keluar malam

Masa korang keluar malam, seperti pergi solat Tarawikh, bawa air untuk korang minum tiap kali korang rasa haus. Ia akan membantu untuk mencukupi keperluan air dengan cara yang baik.

#6 Minum ketika waktu sebelum tidur

Memandangkan kita hanya boleh makan dan minum waktu malam je, sebelum nak masuk tidur tu, bawalah air botol mineral sekali dalam bilik. So, bila korang terjaga masa tidur, boleh lah minum air tu.

Selamat menjalani ibadah berpuasa!

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini