Wuhan, China dipercayai menjadi lokasi pertama tularnya wabak COVID-19, yang kini telah menjangkiti lebih 20 juta orang diserata dunia.

Namun selepas beberapa bulan negara itu mula mencatatkan penurunan kes, orang ramai dilihat sudah mula lali dan tidak mengendahkan peraturan, seperti yang berlaku di Wuhan Polar Ocean Park baru-baru ini.
Advertisement

Foto tular menunjukkan ribuan pelancong bersesak dipusat akuarium yang terletak di Wuhan, China dengan tiada penjarakan fizikal diamalkan, menyebabkan ramai mula risau akan gelombang jangkitan seterusnya berlaku.

Tarikan luar biasa pelancong ini adalah kerana tiada bayaran masuk dikenakan menyebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melawat ke pusat akuarium berkenaan.
Ketika ini, banyak kes jangkitan COVID-19 masih meningkat di Eropah, dengan lebih 5 juta kes di Amerika Syarikat.
Sumber: Daily Star