Menurut statistik Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2019, 95% golongan dewasa di negara ini mengambil jumlah sayur-sayuran kurang seperti yang disyorkan.

Ini secara tidak langsung membuatkan golongan kanak-kanak juga terkesan dan menjadi tidak gemar untuk mengambil sayur-sayuran dan makanan sihat di rumah.
Advertisement
Ini turut dibuktikan penemuan pada tahun 2003 oleh Generic Science Learning Center University of Utah Amerika Syarikat apabila mendapati gen TAS2R38 iaitu satu siri gen pada brokoli membuatkan profil rasanya yang pahit tidak disukai kanak-kanak.

Kurangnya pengambilan sayur-sayuran dalam menu harian boleh membuatkan banyak kesan sampingan terjadi seperti kurang zat, kulit kering dan mudah mendapat penyakit.
Bagi mengelakkan masalah ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi mengalakkan anak-anak untuk mengambil sayur-sayuran dalam menu harian mereka, seperti mempelbagaikan resipi sayur agar ia dapat menarik minat mereka terhadap makanan berkhasiat ini.