Lebih daripada 69 peratus pekerja dari pelbagai peringkat usia di Thailand dan Malaysia mengakui rasa tidak selesa untuk kembali ke tempat kerja pada masa ini, menurut kajian oleh Qualtrics.

Kajian "Return to Work and Back to Business" menunjukkan bahawa pekerja di Malaysia dan juga Thailand masih belum yakin untuk kembali dalam kehidupan bermasyarakat.
Advertisement
Daripada kajian itu, sebanyak 62 peratus pekerja berharap dapat kembali ke tempat kerja menjelang Julai, sementara lebih separuh mengatakan rawatan (58 peratus) atau vaksin (61 peratus) adalah perlu agar mereka merasa selesa kembali ke tempat kerja.

Dalam kajian sama, 67 peratus orang merasa tidak yakin untuk menggunakan kenderaan awam buat masa sekarang, dan 73 peratus lagi tidak selesa untuk menaiki pesawat.
Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan orang ramai masih belum lagi merasa selesa untuk kembali kepada 'normal baharu'.
Sementara itu, 59 peratus responden mengatakan mereka tidak akan pergi ke konsert langsung sehingga paling tidak pada Januari 2021.
Sumber: Awani