Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramai Suka Balas ‘Haha’ Sebab Tak Tahu Nak Reply Apa

Pernahkah anda membalas pesanan ringkas seseorang dengan hanya teks ‘Haha’ ataupun ‘Lol’ sahaja?

ramai suka reply ‘haha’ atau ‘lol’ sebab tak tahu nak reply apa

Advertisement

Menurut kajian, lebih daripada 80% manusia akan menghantar ‘Haha’ atau ‘Lol’ ketika mereka tidak mengetahui bagaimana untuk membalas mesej yang diterima. Malah, ‘Haha’ yang dibalas juga tidak menunjukkan seseorang itu sedang ketawa atau terhibur.

Seperti yang dipetik daripada The Guardian,  antara mesej balas yang paling banyak digunakan di Facebook adalah seperti ‘Haha’ (51.4%), menggunakan emoji (33.7%), ‘Hehe’ (13.1%) dan ‘Lol’ (1.9%).

ramai suka reply ‘haha’ atau ‘lol’ sebab tak tahu nak reply apa

Pengguna yang lebih berusia iaitu sekitar 40 tahun ke atas lebih suka menggunakan ‘Lol’ berbanding ‘Hehe’ bagi mereka yang berusia 30 tahun ke bawah.

ramai suka reply ‘haha’ atau ‘lol’ sebab tak tahu nak reply apa

Sumber: The Guardian

ERA Muzik Hit Terkini