Satu kajian oleh Colorado State University, Amerika Syarikat telah merumuskan bahawa wanita sebenarnya kurang berminat dengan lelaki yang suka atau membela kucing.

Advertisement
Seperti yang dilaporkan oleh Awani bertajuk " Wanita kurang tertarik dengan lelaki pencinta kucing", nyata kajian berkenaan mendapat tentangan ramai pihak khasnya pencinta kucing.
Diorang takut laki lebihkan kucing nanti...dengan kucing pun jealous.. HAHAHAHAHA
— anakjiransebelah (@hadiffffdgaf) June 23, 2020
First time aku dengar perempuan tak minat lelaki yg meminati kucing? Bukan perempuan lagi suka keee? Pencinta haiwan gitewwwwww
— EL (@nrerlianaaa_) June 23, 2020
Dalam kajian berkenaan juga menyebut lelaki yang memegang kucing dipandang kurang maskulin dan tidak sesuai dijadikan teman lelaki.
Walaubagaimana pun, kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat ini tidak menyeluruh dan ia juga tidak menggambarkan keseluruhan wanita di dunia.

Malahan di Amerika Syarikat, kebanyakkan wanita di sana lebih sukakan anjing berbanding kucing dan kajian berkenaan juga melibatkan responden berusia 18 hingga 24 tahun sahaja.
Justeru, jika anda seorang lelaki dan sukakan kucing, jangan risau kerana ramai je lelaki maskulin pujaan ramai di dunia ini yang juga suka pada kucing.
Sumber: Awani