Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramalan Tepat Pemuda Malaysia Ni Tarik Perhatian Pemain Manchester United

Bagaikan satu kebiasaan, kita akan meramal sesuatu perlawanan dan biasanya ia adalah untuk suka-suka. Tapi siapa sangka, ramalan daripada anak muda Malaysia ini menjadi sebutan dunia.

Sebelum perlawanan PSG menentang Manchester United pada Khamis lalu, seorang peminat Manchester United dari Malaysia, Timmy Chin, telah membuat satu ramalan yang sangat tepat mengenai perlawanan tersebut.

Advertisement

Pada perlawanan tersebut, Manchester United berjaya membuat come back untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara menerusi dua jaringan Lukaku dan tendangan penalti yang disempurnakan Marcus Rashford di hujung permainan, sama seperti ramalan Timmy!

Tweet tersebut mendapat perhatian pemain-pemain Man. United sendiri seperti Diogo Dalot, Ashley Young, Victor Lindelöf dan twitter rasmi Man. United sendiri.

ramalan tepat pemuda malaysia ni tarik perhatian pemain manchester united

ramalan tepat pemuda malaysia ni tarik perhatian pemain manchester united

Agak-agaknya tepat tak ramalan Timmy untuk Man. United menentang Arsenal minggu ni?

ramalan tepat pemuda malaysia ni tarik perhatian pemain manchester united

Sumber: Fox Sport Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini