Skip to main content

Advertisement

Hiburan

RASA Food Court Suria KLCC Umum Tutup Premis Sepenuhnya Selepas 22 Tahun Beroperasi

Pengumuman penutupan premis medan selera RASA Food Arena di Suria KLCC dimaklumkan selepas 22 tahun beroperasi di menara pencakar langit itu, pada Isnin.

rasa food court suria klcc umum tutup premis sepenuhnya selepas 22 tahun beroperasi

Menerusi hebahan makluman bercetak di pintu masuk medan selera tersebut, pihaknya memaklumkan medan selera yang terletak di tingkat empat Suria KLCC tidak lagi dibuka kepada umum.

Advertisement

“Dukacita dimaklumkan bahawa RASA Food Arena, Suria KLCC ditutup secara kekal bermula 1 September 2021.

“Terima kasih di atas sokongan anda sejak lebih 22 tahun. Kami berbesar hati menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda,” tulis hebahan tersebut.

rasa food court suria klcc umum tutup premis sepenuhnya selepas 22 tahun beroperasi

Untuk pengetahuan, Suria KLCC mempunyai dua buah medan selera iaitu RASA Food Arena dan Signatures Food Court.

Pengunjung tidak perlu risau kerana penutupan kekal medan selera hanya melibatkan RASA Food Arena sahaja, dan Signatures Food Court masih lagi dibuka seperti biasa kepada semua pengunjung.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini