Seorang lelaki dari Perth, Australia pada mulanya merasakan geli ketika memakai headphone semasa sedang melakukan kerja.

Namun selepas merasa tidak selesa, beliau membuka headphone tersebut dan mendapati ada seekor labah-labah berukuran 4 inci berada dalamnya!
Advertisement

Olly Hurst, menerusi Instagramnya berkongsi video detik-detik ngeri selepas memakai headphone itu, sehingga mendapat perhatian ramai warganet lain yang meminta agar beliau buang sahaja headphone berkenaan.

Labah-labah jenis huntsmans ini adalah tidak berbisa dan tidak akan menyerang mangsa melainkan dalam keadaan terancam.
Sumber: Olly Hurst