Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dinobatkan Ratu Montok, Ini Nasihat Belinda Kepada Wanita Berbadan Gempal

Wanita bertubuh gempal tidak perlu merasa rendah diri dan beranggapan bahawa mereka tidak cantik.

Ini dibuktikan oleh seorang ahli perniagaan wanita dari Uganda, Nasasi Belinda apabila beliau dinobatkan sebagai ‘Ratu Montok’ dalam sebuah pertandingan ratu cantik di negara itu.

Advertisement

dinobatkan ratu montok, ini nasihat belinda kepada wanita berbadan gempal

Menganggap ia sebagai satu penghormatan buat dirinya, Belinda menasihatkan agar mereka yang mempunyai saiz tubuh sepertinya agar terus bergembira dan jangan mengalah.

dinobatkan ratu montok, ini nasihat belinda kepada wanita berbadan gempal

"Saya akan menjadi sumber inspirasi. Memiliki saiz tubuh yang besar bukan satu masalah. Teruslah bergembira dengan diri anda dan pastikan anda tidak mudah mengalah. Terus melangkah," kata Belinda yang menewaskan 24 peserta yang lain.

Pertandingan tersebut juga sebagai salah satu kempen bagi menarik pelancong untuk datang ke negara Afrika itu.

Sumber: Awani

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini