Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘2 Be Glam’, Gabungan Ray & Sherry ‘Rap’ Lagu Sendiri

Ray dan Sherry daripada JoHaRaRy Pagi ERA bakal mengeluarkan lagu dan muzik video terbaharu mereka tersendiri.

‘2 be glam’, gabungan ray & sherry ‘rap’ lagu sendiri

Advertisement

Mereka berdua menyahut cabaran nyanyikan lagu ini khas buat para peminat ERA.

Lagu berjudul ‘2 Be Glam’ bakal dilancarkan secara eksklusif di YouTube rasmi ERA pada esok 9 April. 

Hip Hop menjadi ‘genre’ pilihan bagi lagu ini. Lagu ini istimewa kerana ia merupakan hasil ciptaan penyanyi ‘rap’ terkenal tanah air. Liriknya ditulis oleh Kmy Kmo dan Gajah Duduk serta komposer pula hasil sepenuhnya oleh Luca Sickta.

‘2 be glam’, gabungan ray & sherry ‘rap’ lagu sendiri

Ramai peminat teruja akan lagu kolaborasi antara Ray dan Sherry ini.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram rasmi ERA, peminat menantikan pelancaran lagu ini dan tidak sabar untuk menonton muzik videonya sekali.

Jangan lupa Subscribe YouTube rasmi ERA untuk menonton!

ERA Muzik Hit Terkini