Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rayuan Dr. Noor Hisham Kepada Rakyat Malaysia Lepas 4 Mei Ini..

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu semua rakyat Malaysia agar terus mematuhi penjarakan sosial apabila sektor ekonomi dibuka semula di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei ini.

rayuan dr. noor hisham kepada rakyat malaysia lepas 4 mei ini..

Menurut beliau, normal baru ini perlu dipatuhi orang ramai dalam usaha membantu kerajaan meratakan lengkungan jangkitan COVID-19 melalui pelaksanaan PKP sebelum ini. Jika tidak, segala usaha yang dilakukan selama ini adalah sia-sia.

Advertisement

“Yang penting, apabila kita buka semula ekonomi kita, kita ada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) itu perlu dipatuhi. Tetapi kita rayu kepada rakyat malaysia untuk amalkan kepatuhan sosial, tanggung bersama dan terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya lagi.

Tambah Dr Hisham lagi, rakyat perlu tahu bahawa virus ini akan sentiasa ada dalam komuniti sama seperti denggi dan semua pihak perlu belajar bagaimana untuk kawal penularan wabak itu iaitu dengan patuh kepada dua kriteria utama yang ditetapkan oleh WHO.

“Dua kriteria penting harus dilaksanakan oleh rakyat Malaysia ialah terus mengamalkan normal baharu dan keduanya adalah pemerkasaan komuniti - tanggungjawab bersama untuk memantau tahap kepatuhan sosial. Kalau tak laksanakan, maka tujuan kita untuk kawal (COVID-19) pun mungkin tak tercapai,” katanya lagi.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini