Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merayu masyarakat kembali bersatu memerangi penyebaran wabak COVID-19 yang kini berskala besar.

Menurut beliau, tanpa sokongan ramai, negara tidak akan mampu memerangi penularan virus itu.
Advertisement
"Apa yang kami minta adalah orang awam untuk 'Stay at Home' (duduk di rumah) dan jika tidak mampu, mohon patuhi SOP (prosedur operasi standard) yang mudah iaitu "Elakkan 3C dan Amalkan 3W"," katanya menerusi Twitter.
Amalan 3W adalah merujuk kepada:
- Wash: kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
- Wear: memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala
- Warn: peringatan
Manakala 3C pula merujuk kepada:
- Crowded place: menjauhi kawasan yang sesak
- Confined space: elakkan kawasan yang sempit
- Close conversation: elak bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat
"Ia sudah 10 bulan berlalu kepada kebanyakan kita di barisan hadapan dan mereka yang bekerja di belakang tabir sepanjang masa dan 24/7.Apalah kita hanya sebagai manusia. Kita mempunyai peluang kecil untuk melandaikan lengkungan jangkitan sekali lagi.
"Kita adalah perisai barisan pertahanan terakhir. Kita mesti kekal bersemangat dan terus kuat.
"Kesihatanlah menyatukan kita semua untuk melawan satu musuh bersama iaitu COVID-19. Insya-Allah," katanya lagi.
It has been 10 long months for many of us on the frontlines & back scenes working round the clock 24/7. Many would feel fatigued or frustrated with every new cluster that emerges. After all, we are only humans. We have a small window of opportunity to flatten the curve again 2:3 pic.twitter.com/CUCSNV3fWj
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 7, 2020