Seorang remaja dari Jawa Tengah, Indonesia, maut selepas mendengar muzik dari telefon pintarnya yang disambar petir.

Menurut Ketua Polis Kutasari, kejadian berlaku ketika kawasan berkenaan berdepan dengan hujan lebat yang disusuli dengan petir.
Advertisement
"Ketika itu, mangsa berada di bilik bersama rakannya, Bayu Nur Priyanto. Untuk menghilangkan rasa bosan, mangsa memasang lagu dari telefon pintarnya.
"Ketika asyik mendengar lagu, tiba-tiba petir berdentum dan kilat menyambar telefon pintar mangsa.
"Mangsa dan rakannya terkejut sehingga telefon itu terpelanting," katanya.
Rakannya bernasib baik kerana tidak cedera, dan segera memanggil ibu dan bapa mangsa.

Mangsa yang berusia 15 tahun dibawa ke klinik komuniti, sebelum dihantar ke Rumah Sakit Siaga Medika Purbaligga namun mangsa meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan.
Sumber: Liputan6