Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Redah Banjir Selamatkan 20 Ekor Ular

redah banjir selamatkan 20 ekor ular

Sumber: Berita Harian 

Advertisement

Banjir kilat yang melanda Perlis bukan sahaja menjejaskan penduduk tetapi juga haiwan di sana. Banyak haiwan yang dibawa arus banjir. Antara kawasan yang terjejas teruk adalah Taman Ular dan Reptilia Perlis di Sungai Batu Pahat. 

Jadi beberapa kakitangan di situ sanggup meredah banjir yang agak dalam untuk menyelamatkan 20 spesis reptilia tersebut. Mereka beberapa kali ulang alik mengharungi banjir asalkan dapat menyelamatkan ular-ular itu. 

"Walaupun sudah biasa, kami tetap berhati-hati kerana ada antara ular terbabit daripada spesies berbisa seperti tedung selar dan ular sawa.

"Kali terakhir kami memindahkan ular kerana banjir ialah kira-kira dua tahun lalu. Kali ini, empat kakitangan lelaki dan dua wanita mengambil masa kira-kira tiga jam bermula 9 pagi memindahkan semua reptilia berkenaan.

"Kami sudah biasa bermain dengan ular, maka untuk mengubahnya tidaklah sukar. Walaupun kami dan ular di sini ibarat saling mengenali, kami tetap berhati-hati menjalankan tugas," katanya salah seorang kakitangan di situ. 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

redah banjir selamatkan 20 ekor ular

ERA Muzik Hit Terkini