Jika diimbas kembali beberapa tahun yang lalu, kereta dimasa hadapan dibayangkan adalah sebuah kereta terbang yang memenuhi ruang udara.
Tidak dapat dipastikan sama ada kereta masa hadapan masih lagi sebuah kereta terbang atau sebaliknya, namun satu rekaan konsep kereta masa hadapan ini agak menarik untuk digunakan.
Advertisement

Mempunyai capaian internet 5G dengan sebuah skrin televisyen pada permukaan hadapan pemandu, kereta rekaan syarikat Samsung bersama Harman sememangnya nampak cool.
Kereta tanpa pemandu ini akan memandu sendirinya, sementara penumpang akan menikmati hiburan dalam perjalanan.

Skrin berukuran 49 inci dengan paparan QLED pada bahagian hadapan membolehkan anda menonton filem, bermain permainan video atau melayari internet sepuasnya sebelum anda tiba ke lokasi.
Jangan risau jika anda mahu melihat keadaan jalanraya kerana paparan skrin ini akan ditayangkan separuh pada kereta yang dikenali sebagai Digital Cockpit 2021 ini.

Menariknya, kereta masa hadapan ini mempunyai penjejakan kesihatan pada bahagian dalam dimana ia boleh mengukur tahap emosi anda dan ia akan memainkan lagu, cahaya dan bau yang sesuai dengan mood anda ketika itu.
Ia juga boleh mengesan tahap keletihan anda ketika itu sama ada anda boleh memandu kenderaan tersebut atau biarkan ia memandu dengan sendirinya.
Pada bahagian stering, ia mempunyai skrin sentuh dimana pemandu boleh menekan signal atau membunyikan hon, serta memainkan lagu dan muzik.

Meskipun ia hanyalah satu rekaan konsep, ramai juga menantikan ia untuk dijual kepada umum suatu hari nanti.
Sumber: The Sun