Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Trend Remaja Di Indonesia Kini Lumba Lari 100 meter Gantikan Lumba Haram

Aktiviti lumba haram adalah salah di sisi undang-undang kerana ia membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain serta nyawa pelumba itu sendiri.

trend remaja di indonesia kini lumba lari 100 meter gantikan lumba haram

Disebabkan itu, bagi menggantikan lumba haram, kini ada pula trend berlumba lari di jalan raya yang dilihat seakan-akan lumba haram.

Advertisement

trend remaja di indonesia kini lumba lari 100 meter gantikan lumba haram

Berlaku di Kabupaten Bogor, Indonesia, acara lumba lari itu kini menjadi trend juga dibeberapa wilayah lain di Indonesia seperti Depok, Tangerang, Bogor, Yogyakarta, Palembang dan Padang.

Peserta lumba lari akan berlari diatas jalan raya, sambil disaksikan penonton disekelilingnya, sebelum mereka mempromosi diri dengan beberapa kelebihan yang mereka ada.

Salah seorang peserta lumba lari itu, Amar berkata, beliau menyertai acara itu pada awalnya secara sukarela apabila dicabar rakan-rakan.

Sehingga kini, belum ada mana-mana remaja yang mampu menandingi Amar dalam acara lumba lari 100 meter.

Meskipun ia nampak menyihatkan, namun begitu acara ini tetap menjadi kesalahan kerana ia mengganggu pengguna jalan raya lain.

Sumber: Vice Indonesia

ERA Muzik Hit Terkini