Akibat daripada terlalu asyik bermain permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG), seorang remaja lelaki di India dilaporkan maut.

Menurut laporan, remaja berusia 16 tahun itu tidak makan dan minum selama beberapa hari, menyebabkannya mengalami dehidrasi.
Advertisement
Remaja itu jatuh sakit dan mengalami cirit-birit serta tidak sedarkan diri, sebelum dibawa ke hospital swasta di bandar Eluru oleh keluarganya untuk pembedahan.
Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan sebelum meninggal dunia ketika menjalani rawatan.
Permainan PUBG sebelum ini pernah menjadi debat dan kontroversi akibat ketagihan melampau kepada golongan muda.

Terdahulu, seorang remaja lelaki pernah dilaporkan meninggal dunia kerana terlampau leka bermain PUBG selama enam jam tanpa henti, menyebabkan ia disekat sementara dibeberapa kawasan seperti di Pakistan.
Sumber: Gulf News