Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dah Lambat Nak Ke Sekolah, Remaja Naik Pesawat Untuk Pertama Kali Dalam Hidup

Seorang remaja lelaki teruja apabila impiannya selama ini untuk menaiki pesawat telah tercapai.

dah lambat nak ke sekolah, remaja naik pesawat untuk pertama kali dalam hidup

Lebih menarik lagi, beliau menaiki pesawat itu untuk ke sekolah, dengan menggunakan wang simpanannya sendiri.

Advertisement

dah lambat nak ke sekolah, remaja naik pesawat untuk pertama kali dalam hidup

Farid Samu, 17, merakamkan pengalamannya menaiki pesawat dan berkongsi video berkenaan menerusi aplikasi TikTok.

Video yang tular dan mendapat perhatian warganet itu menunjukkan Farid memakai uniform sekolah sambil menggalas beg dan menikmati sarapan serta tiket pesawat.

dah lambat nak ke sekolah, remaja naik pesawat untuk pertama kali dalam hidup

Menurutnya, ini adalah kali pertama beliau menaiki pesawat dan terpaksa berbuat demikian kerana sudah terlambat untuk ke sekolah.

dah lambat nak ke sekolah, remaja naik pesawat untuk pertama kali dalam hidup

"Saya berada di Surabaya untuk majlis bersama keluarga tetapi dihubungi guru yang meminta saya pulang segera ke Manado kerana terbabit dengan satu projek di sekolah.

"Disebabkan masa yang terlalu suntuk, saya akhirnya memilih untuk menaiki pesawat pulang dari Surabaya ke Manado.

"Mujurlah saya sempat tiba di sekolah walaupun sedikit terlambat ketika itu," katanya.

Sumber: Tribun News

ERA Muzik Hit Terkini