Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Remaja Nyaris Maut Akibat Digigit Labah-Labah Berbisa Ketika Seronok Bercuti

Seorang remaja nyaris maut apabila digigit seekor labah-labah berbisa ketika menikmati percutian di United Kingdom.

remaja nyaris maut akibat digigit labah-labah berbisa ketika seronok bercuti

Advertisement

Mangsa, Abby Tannetta menginap di karavan milik ibu bapanya untuk meraikan sempena selesai tamat pengajiannya di Cardigan Bay Holiday Park.

Dia kemudiannya berasa sakit di bahagian rusuk di bawah lengannya sebaik sahaja bangun daripada tidur.

remaja nyaris maut akibat digigit labah-labah berbisa ketika seronok bercuti

Remaja itu terkejut setelah melihat ia adalah seekor labah-labah besar berdekatan tempat tidurnya dan dia bertindak keluar daripada karavan.

“Ia sangat sakit dan makin menjadi-jadi. Saiznya juga bertambah besar, berwarna kemerahan, gatal dan sakit sehingga saya tidak dapat menggerakkan lengan atau tidur mengiring.

“Saya juga alami rasa pening dan lemah, kepanasan dan saya merasa jantung berdegup kencang.

remaja nyaris maut akibat digigit labah-labah berbisa ketika seronok bercuti

“Saya pengsan ketika doktor mahu melakukan pembedahan tetapi syukrulah pembedahan berjaya.

“Jika tidak saya mungkin menderita akibat risiko yang menyebabkan kematian ini,” katanya.

Sumber: metro.co.uk

ERA Muzik Hit Terkini