Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Remaja Umur 21 Tahun Jadi Pintar Matematik Lepas Kejadian Dilanggar Bas

Nama Neelakhantha Bhanu Prakash cukup dikenali dalam dunia matematik apabila beliau berupaya mengira sesuatu dengan laju tanpa menggunakan kalkulator.

Beliau yang juga digelar sebagai ‘Manusia Kalkulator Terpantas Dunia’, kini berusia 21 tahun pernah menjadi johan dalam Kejohanan Dunia Pengiraan Mental Sedunia di Mind Sports Olympiad (MSO) di London.

Advertisement

remaja umur 21 tahun jadi pintar matematik lepas kejadian dilanggar bas

Prakash mendakwa, segala kelebihannya ini bermula semasa beliau berusia lima tahun apabila terlibat dalam satu kemalangan basikal dan dilanggar bas menyebabkan beliau mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 70 jahitan.

Akibat kemalangan itu, keluarganya tidak membenarkannya memandang cermin, dan hanya diberikan permainan silang kata dan sempoa bagi mengalih perhatiannya sepanjang tempoh pemulihan.

Disebabkan itulah beliau kini menjadi pintar dalam mengira sehingga digelar ‘Manusia Kalkulator Terpantas Dunia’.

remaja umur 21 tahun jadi pintar matematik lepas kejadian dilanggar bas

Setiap hari, beliau akan memperuntukkan satu jam untuk latihan mengira secara berterusan bagi melatih keupayaan dirinya untuk mengira pantas.

Sumber: The Week

ERA Muzik Hit Terkini