Seorang remaja lelaki yang koma sembilan hari akhirnya sedar selepas terhidu bau deodorant kegemarannya.

Remaja berusia 13 tahun itu koma selepas terjatuh dan lemas dalam sebuah sungai di Sungai Eden di Cumbria, England.
Advertisement
Usaha menyelamatkan remaja berkenaan bagaikan tiada harapan dan remaja berkenaan terus koma sehinggalah ibunya membawa deodorant kegemarannya.
Ibunya, Wioletta, 43, menyemburkan deodorant kegemaran remaja itu dan ajaibnya, beliau terus membuka mata.
“Jururawat suruh saya bawa bahan mandian untuk saya membersihkannya. Saya bawa bersama deodorant kegemarannya itu.
“Selepas saya sembur, dia terus buka mata. Mesti dia ingat bau yang dia suka. Sukar untuk saya percaya”, kata ibu kepada remaja itu.
Sumber: Daily Star
