Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Letak Jarum Dekat Mulut, Tak Sedar Tertelan Hingga Tembus Jantung

Seorang remaja tidak sedar pernah menelan jarum jahitan, sebelum ia dikesan berada dekat bahagian jantung.

Memetik laporan daripada The Journal of Emergency Medicine, remaja berusia 17 tahun itu dikejarkan ke wad kecemasan selepas mengadu rasa sakit pada dada selama tiga hari. Beliau mengadu rasa sakit yang tajam, lebih-lebih lagi semasa berbaring.

Advertisement

Keputusan awal menerusi electrocardiogram (EKG), iaitu satu ujian yang mengesan aktiviti elektrikal jantung, menunjukkan jantung remaja itu tidak normal, dengan tahap protein pada darahnya juga tinggi.

letak jarum dekat mulut, tak sedar tertelan hingga tembus jantung

Ujian CT scan pula menunjukkan kehadiran bendasing seperti besi halus pada jantungnya, menyebabkan dia terpaksa dibedah.

Pembedahan menjumpai jarum halus berukuran 3.5 sentimeter, menembusi bahagian bawah kanan jantung remaja berkenaan.

Ditanya sama ada beliau ingat mana-mana kejadian tertelan jarum jahitan, katanya sebelum ini beliau pernah meletakkan jarum pada bibir ketika melakukan aktiviti jahitan, namun tidak sedar telah menelannya.

Sumber: The Journal of Emergency Medicine

ERA Muzik Hit Terkini