Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramai Remaja Terlepas Janji Temu Dos Kedua? Ibu Bapa Disaran Patuhi Tarikh Janji Temu Vaksinasi

Semua ibu bapa dan penjaga disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mematuhi janji temu dos kedua anak remaja masing-masing.

Ini bagi memastikan anak-anak mereka dilindungi daripada terkena jangkitan COVID-19 yang lebih teruk.

Advertisement

ramai remaja terlepas janji temu dos kedua? ibu bapa disaran patuhi tarikh janji temu vaksinasi

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, ibu bapa yang terpaksa menjadualkan semula temujanji dos kedua boleh hubungi pihak sekolah untuk mendapatkan tarikh baharu.

“Ibu bapa yang tidak dapat hadir dimohon mewakilkan seorang individu dewasa bagi mengiringi anak-anak untuk menerima vaksin Covid-19 dengan mengisi Surat Perwakilan Ibu bapa/Penjaga yang boleh didapati daripada sekolah anak masing-masing.

“Bagaimanapun, sejak seminggu yang lalu, KKM mendapati terdapat remaja yang tidak memenuhi atau menghadiri janji temu kedua seperti ditetapkan,” katanya.

ramai remaja terlepas janji temu dos kedua? ibu bapa disaran patuhi tarikh janji temu vaksinasi

Tambahnya, beliau menyeru agar remaja mematuhi tarikh temu janji dos kedua vaksin COVID-19 yang ditetapkan.

“Sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak memastikan anak remaja mereka menerima dos kedua, risiko untuk kumpulan remaja ini dijangkiti Covid-19 adalah lebih tinggi berbanding mereka yang telah menerima dos lengkap,”  ujarnya.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini