Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Saintis Amerika Syarikat Cadang Remdesivir Rawat COVID-19

Sejenis ubat antiviral Remdesivir dilaporkan berkesan untuk merawat COVID-19, seperti yang disarankan oleh saintis dari Amerika Syarikat baru-baru ini.

saintis amerika syarikat cadang remdesivir rawat covid-19

Menurut satu laporan, eksperimen telah dijalankan dengan menguji keberkesanan ubat itu keatas enam ekor monyet.

Advertisement

Keenam-enam monyet ini telah dijangkitkan dengan COVID-19, dan diberikan dos serta rawatan menggunakan ubat antiviral itu.

saintis amerika syarikat cadang remdesivir rawat covid-19

Meskipun ia masih diperingkat awal kajian, Remdesivir antara ubat pertama yang disebut sebagai rawatan COVID-19 dan ujian klinikal secara rawak kini sedang dijalankan.

Malah, laman berita kesihatan, Stat turut melaporkan bahawa ubat itu menunjukkan kesan yang baik terhadap pesakit COVID-19 di sebuah hospital di Chicago.

Remdesivir turut digunakan juga di Malaysia untuk merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19, namun ia masih terlalu awal untuk pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan sebarang laporan mengenainya.

Sumber: The Jakarta Post/ Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini