Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cara Cepat Dan Mudah Buat Murtabak Megi Ikut Cara Budak Asrama

Kehidupan di asrama atau hostel mungkin agak berbeza khususnya dari segi makanan kerana mungkin pelajar dilarang untuk memasak menggunakan dapur dalam bilik masing-masing.

Disebabkan itu, satu resipi mudah telah dikongsikan oleh pengguna Instagram @dapoq_pdot menunjukkan cara paling cepat untuk pelajar di asrama memasak murtabak megi.

Advertisement

cara cepat dan mudah buat murtabak megi ikut cara budak asrama

Bahan-bahan dan alatan:

1 paket megi

2 biji telur

Perencah

Mentega

Kertas aluminium

Seterika

Cara-caranya:

1. Campurkan 1 paket megi yang telah dicelur bersama 2 biji telur dan kacau sebati.

2. Gunakan kertas aluminium, ratakan mentega pada permukaan.

cara cepat dan mudah buat murtabak megi ikut cara budak asrama

3. Tuangkan campuran megi dan telur tadi pada kertas aluminium.

4. Tekapkan seterika pada bahagian luar kertas aluminum yang telah dilipat.

5. Siap!

Perkongsian resipi ini sehingga kini mendapat jumlah tontonan sehingga 490 ribu dilaman Instagram.

Sumber: Instagram @dapoq_pdot

ERA Muzik Hit Terkini