Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Respek Barisan Pengamal Perubatan Kawal COVID-19, Arahan Duduk Rumah Jadi Permintaan

Disaat dunia sedang sibuk melawan wabak COVID-19, pelbagai langkah dan kaedah diambil oleh semua pihak bagi mengekang penularan wabak ini.

Antaranya, Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan selama 2 minggu, bertujuan bagi mengelakkan penularan wabak ini daripada terus berjangkit kepada ramai orang.

Advertisement

ada 5 perkara termasuk dalam perintah kawalan pergerakan, mohon jangan panik

Selain itu, barisan hadapan pengamal perubatan juga memainkan peranan yang amat penting ketika ini. Tanda pagar #StayHome dan juga #DudukRumah diperkenalkan oleh barisan pengamal perubatan yang diketuai oleh Dr. Gee Teak Sheng yang kini sedang berkhidmat di Hospital Pantai, Pulau Pinang, bertujuan bagi menggalakkan orang ramai agar terus kekal berada dirumah sementara mereka sedang 'berperang' melawan wabak COVID-19 ini.

Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada semua pengamal perubatan sama ada di Malaysia atau dimana jua anda berada. Terima kasih.

respek barisan pengamal perubatan kawal covid-19, arahan duduk rumah jadi permintaan

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

ERA Muzik Hit Terkini