Sebuah restoran yang menyajikan masakan Thai di Bukit Katil, Melaka, telah diarahkan tutup serta dikenakan kompoun sebanyak RM1,300 kerana beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Sebanyak empat notis kompaun terhadap pengusaha premis makanan telah dikeluarkan malam tadi kerana pelbagai kesalahan termasuk pekerja tidak mempunyai suntikan tifoid.
"Operasi tersebut dilakukan setelah mendapat maklumat awam berkaitan isu tersebut yang tular di media sosial sejak semalam dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan berada pada tahap kebersihan 70 peratus ke bawah,” kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong.
Advertisement

Pemilik restoran terbabit perlu membuat pembersihan menyeluruh dalam tempoh 14 hari penutupan dan akan diperiksa lagi oleh Jabatan Kesihatan sebelum dibenarkan beroperasi semula.
Sumber: BERNAMA